Program Junior Celik IT 01
28 Jun 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 27 Jun 2015 yang lalu, Pusat Internet Kampung Telaga Air telah mengadakan Program Junior Celik IT yang dijadualkan berlangsung setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Program Junior Celik IT ini merupakan program yang berkonsepkan latihan dan pertandingan. Untuk hari pertama program ini, antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah latihan Microsoft Office Word 2013 dan latihan Klik Dengan Bijak. Program ini telah disertai oleh seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah dari kampung-kampung berdekatan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam diri peserta dan mendedahkan peserta dengan masalah buli siber dan penyebaran maklumat palsu di internet serta memperkenalkan aplikasi pembelajaran Astro Tutor TV Online kepada para peserta. Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua yang telah terlibat serta meningkatkan kesedaran peserta sebagai pengguna internet untuk menggunakan internet dengan beretika.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: